Tuesday 19 June 2012

REFLECTIONS~

Assalamualaikum...

Sepanjang kami menyiapkan tugasan bagi subjek TiE ni, banyak ilmu baru yang kami pelajari.

Tugasan yang diterima, dibahagikan samarata di antara ahli-ahli kumpulan kami, iaitu Hafiza, Munirah, Jannah dan Hidayah.

Hidayah dan Jannah ditugaskan untuk menyiapkan blog serta video, manakala Munirah dan Hafiza ditugaskan untuk menyiapkan slide power point serta presentation.

Dengan penat lelah serta tekanan yang dihadapi, kami berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberi.
Kerjasama di antara kami rakan sekumpulan kami hargai dengan belanja diri sendiri di BABA ;p

Wednesday 13 June 2012

Jom Belajar Pythagoras Theorem

Cuba tengok gambar-gambar di bawah,



Apakah persamaan yang ketara di antara gambar-gambar di atas?



BETUL!!!!!

apa yang betul???

Siapa yang jawab segitiga, dia betul..

Tapi.........

Siapa yang jawab segitiga bersudut tegak, dia lagi BETUL!!




Jadi hari ini kita akan belajar Pythagoras' Theorem


Objektif Pelajaran:

1) Mengenal pasti hipotenus segitiga bersudut tegak

2) Menentukan hubungan antara panjang sisi segi tiga bersudut tegak

3) Cari panjang sebelah hilang sudut kanan menggunakan Teorem Pythagoras



Revision Previous Lesson


1) Panjang dan lebar segi empat sama mempunyai nilai yang sama.


2) Oleh kerana nilai sisi panjang dan lebar adalah sama, bagi mencari luas bagi segi empat sama adalah apabila suatu nombor mendarab dirinya sendiri (panjang x lebar).


3) Jika kita lipat sebuah segi empat sama pada setiap pepenjuru, kita akan memperolehi bentuk segi tiga.


Oleh itu, Sebuah Segi Empat Sama = 2 Segi Tiga 





 Cuba anda perhatikan gambar-gambar di bawah. Tentu pelajar-pelajar pernah lihat dalam kehidupan harian. 


                       




 



                     



Pernah tak pelajar-pelajar terfikir gambar tersebut berkaitan dengan segitiga bersudut tegak?


               



Dalam tajuk Pythagoras Theorem, perkara paling utama yang perlu pelajar ketahui ialah sisi hypotenus.

Bagaimana untuk mencari sisi hipotenus, lihat video di bawah:

Notes:

1)     Kenalpasti dahulu ianya segitiga bersudut tegak..

2)    Kenalpasti sudut 90° pada segitiga bersudut tegak tersebut.

3)     Kenalpasti sisi yang bertentangan dengan sudut 90°.

  • Sisi yang bertentangan dengan sudut 90° dipanggil hipotenus.
  • Ianya juga merupakan sisi terpanjang dalam segitiga.


Formula pythagoras theorem, bagi mencari sisi hipotenus adalah:

c² = a² + b²



Formula pythagoras theorem, bagi mencari sisi selain daripada sisi hipotenus:

a² = c² - b²

b² = c² - a²



CONTOH






     



~~Pembuktian Pythagoras Theorem~~




Hubungan antara panjang sisi segi tiga bersudut tegak:



Jika segitiga mempunyai sudut tegak (90 °) ...

  • bina segi empat sama pada setiap sisi 
  • luas segi empat terbesar mempunyai kawasan yang sama apabila dua lagi segi empat ditambah luasnya.


Tuesday 12 June 2012

Pantun Matematik




Oh matematik....
jiwa tidak tenang pabila namamu ku petik,
setiap langkah masa yang berdetik2,
membuat aku jawab bahasamu ku terasa panik...

oh matematik...
walaupun kuguna kalkulator saintifik,
kujawab soalan mu dengan penuh dramatik,
namun soalan mu dihias dengan banyak taktik....




oh matematik...
mengapa kau ada semasa aku di sekolah,
kucuba menjauhkan darimu namun ku longlai ditarik,
apakan daya kucuba selami dengan gaya menarik.....

oh matematik...
adakah aku yang rasa cemburu,
melihat gaya mu yang menarik,
tapi kau ketuk pintu hatiku berlagu,
untuk kujawab soalan arimetik....


oh matematik...
mengapa jawapan mu selalu dikritik,
ku ingat kau hanya diguna dikedai plastik,
rupa2nya kehidupan seharian ku juga dengan matematik...





oh matematik..
ku buka mata ku lihat waktu berdetik,
ku pikir itu semua logik,
hanya kau yang membuat hari2 ku cantik...

Buah Cempedak

Assalamualaikum..


Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan...




Kami bukan la kaya sangat. Nama je TYCOON, tapi tiap-tiap bulan tetap menunggu gaji masuk dalam CIMB. 
Nak kata hebat pun, banyak lagi ilmu yang belum abis menuntut. Nak masak nasik beriani pun, kena tengok resipi. Abed b'sepah2 dapur jadinya.
Tapi...kalau masuk bab kira-kira ni, mengigau pun kami bole jawab..
Bak kata kami yang poyo ni, 
Kami tak kaya duit, 
tapi...
kami KAYA ilmu kira-kira :)